Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua rakan-rakan..semoga berjaya dalam tahun ni semua cikgu-cikgu dan rakan-rakan mampu mengharungi tahun 2012 dengan berjaya =)
Disini, fizah ingin membincangkan satu isu mengenai P&P menggunakan ICT dalam arus pendidikan di dalam negara kita.
Berikut merupakan link kepada artikel:
http://journalarticle.ukm.my/213/
Sinopsis:
Dalam era gloalisasi, para guru perlu bersikap kreatif dan inovatif dalam memperkasakan profesion perguruan agar golongan pendidik tersebut sentiasa bersaing dengan teknologi maklumat terkini. Salah satu inovasi yang perlu diambil perhatian ialah kepelbagaian dalam kaedah penyampaian maklumat kepada pelajar. Bagi proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran ICT pula, dua pendekatan yang dilaksanakan iaitu “belajar
tentang ICT” dan “belajar dengan ICT” memerlukan guru mahir dalam pedagogi yang melibatkan penggunaan ICT. Untuk menilai tahap pemahaman ICT ini para pelajar diberikan soal-selidik. Dapatan menunjukkan kesan yang positif dalam kalangan pelajar.
Setelah hampir 6 bulan mempelajari bagaimana menggaplikasikan ICT berdasarkan mata pelajaran yang dipilih, sejauh manakah para pembaca mendapati bahawa ICT ini benar-benar membantu?
Kongsikan bersama.
hepy new yar..
ReplyDelete