Wednesday 23 November 2011

Buah Cempedak Diluar Pagar...

Buah Cempedak Diluar Foto Shop,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar Photoshop,
Kalau Poster Tak Lawa, Silalah Komen.


Hasil poster setelah beberapa hari mengambil masa untuk siapkan. (^_^) Poster Sekolah Menengah lama saya =)

Personaliti melalui Jenis Darah?


Salah satu komponen dalam psikologi adalah mengenalpasti personaliti yang dimiliki seseorang individu. Terdapat pelbagai jenis personaliti yang boleh diuji dengan pelbagai cara tetapi fizah hanya inginkan kongsikan personaliti berdasarkan jenis-jenis darah..

tapi perlu dingatkan bahawa...

PERSONALITI SENTIASA BERUBAH DAN 
BUKANNYA CONSTANT =)

Apakah jenis darah anda? O, A, B atau AB?

 Mari kita baca kartun dibawah..









Jadi, apakah jenis darah anda? Kongsikan bersama. (^_^)

Play Therapy? Play or Therapy?

Assalamualaikum and hye all,

its been a long time since i post anything in the blog..

selalunya kita sering mendengar bahawa bermain sering dikaitkan kanak-kanak..kanak-kanak lebih suka bermain berbanding dengan orang dewasa..

apa kaitannya dengan topik pada hari ini?

pada bulan Oktober 2011 yang lepas, fizah telah menghadiri satu bengkel profesional bagaimana menggunakan kaedah bermain untuk terapi..bengkel ini dianjurkan oleh Persatuan Kaunseling Malaysia iaitu PERKAMA ...sebelum fizah terangkan dengan lebih lanjut, fizah nak share sedikit gambar-gambar yang berkaitan dengan terapi bermain...


Gambar 1.0: Gambar menunjukkan sebuah rumah permainan yang lengkap dengan kemudahan seperti ruang tamu, bilik tidur dan dapur.

Berikut merupakan gambar-gambar yang menunjukkan jenis-jenis permainan yang digunakan dalam terapi permainan.

Gambar 1.1: Buku-buku dan permainan lembut seperti ikan-ikan


Gambar 1.2:  (gambar di atas) Patung-patung yang memakai pakaian dan permainan papan laluan lalulintas



Gambar 1.3: (gambar di kiri) tempat penyimpanan barang-barang permainan




Gambar 1.4: Gambar menunjukkan aktiviti yang dijalankan sepanjang bengkel tersebut


Melihat kepada gambar-gambar ini pasti mengingatkan kita kepada zaman kanak-kanak kita, kan?
Tapi bagaimana bermain dikatakan terapi?
Bagi sesetengah orang, bermain adalah salah satu cara seseorang individu meluahkan perasaan terpendam mereka terutamanya bagi kanak-kanak. Namun terapi ini tidak bermaksud hanya sesuai digunakan dalam kalangan kanak-kanak tapi juga orang dewasa dan remaja. 

masih tidak percaya? Orang dewasa bermain untuk meluahkan perasaan mereka?

Contoh: pernah tak di dalam pejabat anda atau rakan sepejabat anda akan membuka games seperti DOTA atau flash game atau farmville bermain di laptop atau komputer? atau pernah tak anda bermain bola sepak/badminton/dam dll dengan anak-anak atau rakan-rakan? 

Apa sebab utama anda bermain tersebut? Stress? Hobi? Menenangkan fikiran? Melupakan masalah yang melanda..

secara asasnya itulah terapi bermain.

Contoh kajian kes yang pernah berlaku: seorang kanak-kanak perempuan disuruh untuk bermain dengan anak patung yang lengkap berpakaian. Patung yang diberikan berpakaian lelaki dan berpakaian perempuan. Setelah beberapa kali melihat kelakuan kanak-kanak perempuan berkelakuan pelik seringkali menanggalkan baju anak patung perempuan manakala anak patung lelaki menanggalkan bahagian seluar sahaja, sebagai pemerhati kita berasa aneh kerana perbuatan itu diulang-ulang beberapa kali. Maka, di sini kita mengambil langkah untuk bertanya kepada kanak-kanak tersebut apakah sebenarnya telah berlaku (namun sebelum itu kita perlu mendapatkan kepercayaan daripada kanak-kanak tersebut). kanak-kanak itu memberitahu bahawa    dia sering suruh melakukan perbuatan yang tidak disukai (rogol) dan berasa sakit setiap kalinya berlaku peristiwa tersebut.

kajian kes yang diceritakan adalah salah satu kaedah yang digunakan bagi mengenalpasti isu yang dialami oleh kanak-kanak tersebut.

Jadi, menarik kan? adakah cikgu-cikgu sering bermain? Apa sebabnya? Kongsikan bersama-sama