Monday, 2 January 2012

Selamat Tahun Baru 2012 (^_^)


Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua rakan-rakan..semoga berjaya dalam tahun ni semua cikgu-cikgu dan rakan-rakan mampu mengharungi tahun 2012 dengan berjaya =)

Disini, fizah ingin membincangkan satu isu mengenai P&P menggunakan ICT dalam arus pendidikan di dalam negara kita.

Berikut merupakan link kepada artikel:
http://journalarticle.ukm.my/213/


Sinopsis:

Dalam era gloalisasi, para guru perlu bersikap kreatif dan inovatif dalam memperkasakan profesion perguruan agar golongan pendidik tersebut sentiasa bersaing dengan teknologi maklumat terkini. Salah satu inovasi yang perlu diambil perhatian ialah kepelbagaian dalam kaedah penyampaian maklumat kepada pelajar. Bagi proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran ICT pula, dua pendekatan yang dilaksanakan iaitu “belajar
tentang ICT” dan “belajar dengan ICT” memerlukan guru mahir dalam pedagogi yang melibatkan penggunaan ICT. Untuk menilai tahap pemahaman ICT ini para pelajar diberikan soal-selidik. Dapatan menunjukkan kesan yang positif dalam kalangan pelajar.

Setelah hampir 6 bulan mempelajari bagaimana menggaplikasikan ICT berdasarkan mata pelajaran yang dipilih, sejauh manakah para pembaca mendapati bahawa ICT ini benar-benar membantu? 

Kongsikan bersama.

Sunday, 18 December 2011

Penghujung Semester? Sedih atau Gembira (T_T)

Post yang terakhir sebelum menutup tirai pada semester, banyak yang saya pelajari daripada cikgu-cikgu sekalian dan kerjasama yang dijalankan amat dihargai.Semoga berjumpa lagi pada masa akan datang.


Terima kasih daun keladi 
Kalau ada masa jumpa lagi

Inventori Gaya Bercinta???

Pernah tak anda menjawab sebarang ujian psikologi yang mengakses kepada gaya bercinta anda dan pasangan anda..ujian ini bukan sahaja untuk para guru di sekolah malah ujian sebegini boleh membuat murid berminat dengan diri mereka dan kaitkan dengan mata pelajaran di ajar di sekolah masing-masing. Kadang-kadang ujian mata pelajaran agak bosan bagi menarik minat pelajar, apa salahnya tukarkan suasana di kelas para cikgu dengan ujian sebegini.


INVENTORI GAYA BERCINTA

IGB

Ubahsuai oleh:

Sidek Mohd Noah, Ph.D


Arahan:

Berikut adalah pernyataan-pernyataan tentang gaya bercinta. Sila baca tiap-tiap pernyataan berikut dengan teliti dan fikirkanlah sejauhmana anda setuju atau tidak dengan pernyataan itu. Anda bebas menjawab semua pernyataan mengikut pandangan dan kaitannya dengan diri anda sendiri. Anda tidak perlu bimbang dengan jawapan yang anda berikan kerana tidak ada jawapan yang betul atau salah. Tandakan ( / ) pada ruang jawapan yang disediakan mengikut kesesuaian diri anda berasaskan kunci jawapan berikut:


SS
5
Sangat Setuju
TS
2
Tidak Setuju                       
S
4
Setuju
STS
1
Sangat Tidak Setuju
TP
3
Tidak Pasti




                                                                                                                      Respons Jawapan

Bil

Item Pernyataan
5
SS
4
S
3
TP
2
TS
1
STS
1.
Saya tidak menyedari bilakah persahabatan saya telah bertukar kepada perasaan cinta





2.
Saya telah tertarik kepadanya pada pertemuan yang pertama





3.
Saya cuba menyembunyikan sedikit perasaan cinta saya terhadapnya





4.
Adalah lebih baik jika menyintai seseorang yang mempunyai latar belakang yang sama





5.
Saya akan menolong kekasih saya sedaya upaya setiap kali dia di dalam kesusahan





6.
Perasaan dan fikiran saya terganggu apabila melihat dia berbual dengan teman yang berlainan jantina





7.
Sebelum ini kekasih saya adalah sahabat baik saya





8.
Saya cemburu apabila melihat kekasih saya bersama teman lelaki/wanita lain





9.
Saya cuba mengelak kekasih saya mengetahui yang saya mempunyai teman lelaki/wanita lain





10.
Saya akan merancang kehidupan saya sebelum memilih kekasih





11.
Saya sanggup berkorban apa sahaja asalkan kekasih saya bahagia





12.
Saya merasakan adalah penting bagi kekasih saya mengetahui bahawa saya amat memerlukannya





13.
Saya amat mementingkan kejujuran dalam hubungan cinta dengannya





14.
Saya sering memberi hadiah/kad/bunga kepada kekasih saya untuk meraikan hari-hari tertentu





15.
Hingga kini saya tidak pasti sama ada saya
benar-benar menyintainya





16.
Sikapnya terhadap karier saya juga harus dipertimbangkan





17.
Kekasih saya bebas menggunakan barang-barang kepunyaan saya tanpa kebenaran





18.
Jika dia tidak memperdulikan saya, saya akan membuat sesuatu untuk mendapatkan perhatiannya





19.
Percintaan yang baik datangnya dari persahabatan yang lama





20.
Saya sering mengucapkan kata-kata cinta dan sayang kepadanya





21.
Saya tidak selesa dan akan menjauhkan diri daripadanya jika dia terlalu bergantung kepada saya





22.
Sebelum menjalinkan hubungan dengan lebih serius dengannya, saya akan mengkaji latar belakang hidupnya





23.
Walau pun kekasih saya sering menyakiti hati saya,  saya tetap menyintainya





24.
Sepanjang percintaan saya, saya sukar untuk menumpukan perhatian kepada perkara lain





25.
Saya berharap agar dia memahami bahawa saya menyintainya melalui tingkah laku yang saya tunjukkan





26.
Saya sering bersama-samanya ke mana sahaja





27.
Saya tidak bercita-cita untuk menjadikannya sebagai teman hidup saya





28.
Sikapnya terhadap keluarga saya merupakan perkara yang amat penting





29.
Saya turut merasa sedih jika melihat kekasih saya bersedih





30.
Jika saya putus cinta, saya akan kecewa dan sukar untuk melupakannya





31.
Umur bukanlah menjadi penghalang bagi saya untuk menjalin hubungan cinta





32.
Saya mencurahkan isi hati saya melalui kad ucapan/surat





33.
Saya mempunyai teman lelaki/wanita lain selain daripadanya





34.
Saya sering membayangkan mempunyai kekasih yang terbaik buat saya





35.
Saya begitu mengambil berat terhadap dirinya tanpa memikirkan tentang diri saya





36.
Saya tidak menduga dari perkenalan akhirnya timbul rasa sayang





37.
Saya tidak berselera untuk makan jika kekasih saya tiba-tiba menghilangkan dirinya





38.
Saya menjalinkan kasih sayang terhadapnya melalui sentuhan-sentuhan





39.
Saya seronok berdampingan dengan sesiapa sahaja  walau pun saya tidak mempunyai niat untuk bercinta dengannya





40.
Saya tidak menyintai seseorang itu dengan sepenuhnya sekiranya saya tidak mempunyai niat untuk berkahwin dengannya





41.
Saya rela memaafkan kekasih saya jika ada kesilapan yang dilakukan terhadap saya





42.
Saya rasa dialah segala-galanya untuk saya





43.
Saya menyatakan rasa cinta saya kepadanya setelah lama berkenalan





44.
Saya mempunyai kegemaran yang sama dengan kekasih saya





45.
Saya menyintainya hanya untuk sementara sahaja sebelum saya menemui orang yang lebih sesuai dengan saya





46.
Saya tidak boleh dikatakan bercinta sekiranya saya tidak mengambil tahu akan dirinya





47.
Saya sentiasa mengembirakan hatinya walau pun saya berada dalam keadaan sedih





48.
Hanya dialah orang yang pertama dan terakhir dalam hidup saya





49.
Cinta sebenarnya persahabatan yang mendalam, bukannya emosi yang dipaksa





50.
Saya amat menghargai setiap pertemuan yang kami lalui





51.
Saya dengan mudah dan cepat dapat melupakan cinta yang pernah saya lalui





52.
Adalah penting bagi saya menimbulkan perasaan sangsi di hati kekasih saya tentang sejauhmana cintanya terhadap saya





53.
Saya bersedia mengorbankan kehendak hati saya asalkan kekasih saya berjaya memperolehi apa yang dihajatinya





54.
Jika dia meninggalkan saya, sukar bagi saya mencari penggantinya





55.
Jika percintaan kami terputus, saya akan memastikan bahawa dirinya berada dalam keadaan yang menyenangkan





56.
Saya merasa amat bimbang apabila menyedari perhuhungan kami tidak semesra dahulu





57.
Saya lebih rela memutuskan percintaan saya dengannya jika saya bertemu dengan seseorang yang benar-benar memenuhi citarasa saya





58.
Hidup bersama, berganding bahu dalam soal rumahtangga dan sama-sama menjaga hubungan merupakan perkara yang sering dibincangkan bersama kekasih saya





59.
Jika kekasih saya telah mempunyai anak dengan orang lain, saya rela mendidik, menjaga dan menyayanginya seperti anak saya sendiri





60.
Bagi saya hanya dialah satu-satunya untuk saya di dunia ini





 

 Selamat Menjawab

Tuliskan jawapan anda pada ruangan komen dan saya akan menganalis jenis gaya bercinta anda =)